Mgg-p7

RANCANGAN PEMBIKINAN PERMAIDANI TERBANG

(Bolehland's Aerial Castle-Building Plans in Place)

Landasan Keretapi Ekspres (ERL) sudah empat tahun lewat daripada tarikh jangkaannya. Fasa Kuala Lumpur ke KLIA Sepang masih lagi dalam pembikinan. Projek yang menelan belanja RM2.4 bilion tidak akan siap pada 2002. Kumpulan yang menjadi rakan-kongsi konsortium yang membina projek ini selalu sangat bertikam-lidah dan bertingkah impian. Inilah bahananya kalau sesuatu projek itu diserahkan kepada para kroni, anak-pinak dan para jongos pilihan. Kini,  seperti yang disiarkan oleh Berita Harian, akan ada pula usaha untuk membina satu landasan keretapi laju di antara Kula Lumpur ke Singapura yang akan menelan belanja RM 10 bilion.  (USD 2.4 billion).

Para peniaga dunia Bolehland memang gemar berfikiran mega, selalunya bertentangan dengan perkara-perkara yang boleh diterima akal yang waras. Demikianlah rencana terbaru kali ini. Satu kumpulan peniaga Malaysia sedang cuba mencabar  keupayaan keretapi laju buatan Jepun dan Peranchis, dengan mengusahakan satu keretapi yang mampu bergerak sepantas 250 kilometer per jam untuk membolehkan perjalanan Singapura-Kuala Lumpur mengambil masa 90 minit sahaja.

Selalunya, kalau kita memerlukan enam jam untuk berkereta-api ataupun berkereta, dalam perjalanan yang dimaksudkan. Kalau menggunakan pesawat terbang kita mungkin mampu melakukannya dalam masa tiga setengah jam sahaja.  Usaha yang diura-urakan ini tentunya akan menggugat industri pengangkutan udara yang membabitkan Singapore Airlines dan juga Malaysian Airlines System, sedangkan inilah sektor yang menguntungkan kedua-dua syarikat tersebut.  Sebagai pesawat udara rasmi negara, MAS tentunya akan kerugian besar lagi. SIA pula tentu perlu berfikir bagaimana perkara begini boleh terjadi.

Ketua Eksekutif ERL En Aminuddin Adnan, menjanjikan projek ini dapat disiapkan dalam masa lima tahun. Ini bererti, saya mampu tiba di Singapura dalam waktu yang sama kalau saya bertolak daripada Brickfields ke Gombak yang jaraknya adalah sekitar 20 kilometer. Tetapi, saya masih hairan kenapakah kerajaan masih  belum menyetujui projek ini walaupun sudah lama menunjukkan minatnya? Bukankah kerajaan Bolehland terkenal dengan segala usaha  memperlekehkan negara maju dalam hal menunjuk-nunjuk akan projek mega seperti ini?

Encik Aminuddin  Adnan telah menyatakan harga tiket tren itu nanti adalah sekitar Rm240 sahaja, yakni setengah daripada harga tiket kapal terbang. Angan-angan seperti ini sebenarnya bukan milik mutlak ERL. Kumpulan DRB-Hicom dan juga kumpulan Renong Bhd. Pernah mengemukakan cadangan untuk membina landasan ekspres seperti ini.  Namun, En. Aminuddin  tidak mudah kecewa dengan saingannya.  ERL boleh mencadangkan satu pakatan dengan DRB-Hicom dan Renong, kerana ketiga-tiga syarikat ini adalah dikuasai oleh insan yang sama.

Dalam pemilihan tren yang akan digunakan itu pula, tiga jenis sudah pun dipertimbangkan. Tren TGV buatan Peranchis, Tren Inter-City Express buatan German dan  Tren berbentuk peluru buatan Shinkansen. Ironisnya segala perancangan yang  mega ini tidak pula dipetik untuk siaran oleh media perdana di negara ini. Tentu sekali perkara ini ada sangkut-paut dengan masalah mendahului saingan dengan berita terkini, yang memang giat diamalkan di negara ini.

Sebenarnya disebabkan  perkara tertentu, banyak soalan yang tidak berjawab. Kita mahu tahu jawabannya kali ini. Siapakah yang akan membina landasan untuk tren yang laju ini?  Adakah ia akan dibuat oleh ERL ataupun KTM yang merupakan tuan punya tanah ? Mampukah kita membina landasan  laluan laju sepanjang 400 kilometer dengan harga lima kali ganda kos membina landasan sepanjang 50 kilometer ?. Adakah tren itu akan berhenti untuk memungut penumpang di sepanjang perjalanannya?  Adakah rakyat Malaysia yang sanggup menjadi penumpang tren jenis ini sedangkan tren yang ada mampu memberi tambang yang memuaskan para penumpang ?  Apakah kemungkinannya diwujudkan satu perundangan baru oleh Samy Vellu yang mengenakan peraturan bahawa apabila tren laju ini siap kelak, penumpangnya tidak dibenarkan turun untuk menggunakan tren KTM? Apakah kemungkinannya segala kos pembinaan projek ini dibuat begitu tinggi agar ia menentukan tiada pulangan modal sehingga akhir abad ini?

Projek Lebuh raya Utara Selatan yang dikendalikan oleh Renong adalah satu projek yang sungguh berat beban hutangnya sehinggakan memaksa rakyat negara ini terus membayar tol untuk mengelakkan syarikat ini daripada kancah kemuflisan.

Di mana pulakah datangnya sumber  wang untuk memulakan projek terbaru ini? Rakan niaga ERL yang ada kini TH Technologies (sebuah anak syarikat Tabung Haji dan YTL Corporation terpaksa menyediakan RM10 bilion untuk memulakan projek ini. Buat masa ini syarikat yang mengendalikan lingkaran perkhidmatan keretapi di Kuala Lumpur sedang sesak menanggung beban hutang yang tinggi. Keadaan ini lebih senak dibuatnya kerana  orang ramai tidak berminat memonopoli perkhidmatan itu disebabkan harga tambang yang tinggi.

Apa yang lebih memeranjatkan saya ialah segala rencana ERL ataupun DRB-Hicom-Renong tidak mengambil kira pihak  Singapura. Takkan mereka mahu membina stesen keretapi itu di atas tambak Johor? Rencana mereka tidak pula menerangkan apakah para penumpang akan dibawa dengan bas berkuasa laju dan teksi ke Singapura. Singapura memang sudah ada stesyen untuk para penumpang ke Malaysia.

Semakin lama kita mengamati rancangan mereka ini semakin kita curiga apakah projek ini boleh dimulakan. Untuk kejayaannya tentulah memerlukan manusia yang sanggup menjadi penumpang. Projek itu pula mesti mempunyai beberapa tren lagi dalam satu hari yang berulang-alik  lebih galak daripada apa yang ada sekarang ini. Perkhidmatannya pun mestilah berbentuk satu budaya yang baru, lengkap dengan kecanggihannya. Cubalah anda naik tren malam KTM dan anda akan semakin yakin betapa projek yang diura-urakan ini tidak akan berjaya.

Malaysia memerlukan satu  perkhidmatan tren yang laju, bersih dan konsisten perkhidmatannya di antara Singapura dan Kuala Lumpur. Buat masa ini belum ada sebarang tekanan untuk menyediakan empat ataupun lima perkhidmatan di antara kedua-dua stesen.  Apakah yang membuatkan ERL terfikir bahawa rencana menyediakan satu sistem tren yang lebih laju mampu memberikan kepuasan yang lebih baik lagi?

Terjemahan oleh
-MT-
18.5.2000

Komen Penterjemah: Selepas ini jangan ada sesiapa yang terkejut kalau ada satu projek baru membuat hamparan terbang pergi ke bulan. Untuk menguji alat terbaru ini hamparan itu akan digunakan di tahap ujian dalam kerja-kerja menuai padi di atas bumbung. Sekali-sekala ia akan digunakan untuk mengedarkan kondom percuma di pesta kelolaan  puteri tersayang..!

MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

 counter.bloke.com